Cara Gaya Vintage & Retro Untuk Wanita Muslimah

Ramai yang bertanyakan LaishCloset4u tentang cara berpakaian untuk tema Vintage atau Retro. Biasanya ada special annual dinner untuk company atau untuk tema majlis suka-suka bagi pelajar sekolah atau student kolej atau university. Masing-masing keliru tentang konsep dan cara pengayaannya. Lebih-lebih lagi kebanyakan dress vintage adalah senteng dan ada yang berlengan pendek.

Untuk perbezaan terma Vintage & Retro, sila klik sini ya : Beza Vintaj & Retro.
Untuk mengayakan Vintage / Retro dengan sedikit elemen moden : Gaya Vintaj Moden

Jom tengok model LaishCloset4u gayakan tema vintage & retro. Untuk gaya casual, ke office dan untuk ke majlis bertema. Harap anda dapat idea ya!

Tips 1: Kemeja Vintage
Casual - padankan dengan jeans. Untuk formal atau ke office, padankan dengan seluar cotton.















Tips 2: Serlahkan unsur vintage pada pakaian.
Masukkan hijab/tudung ke dalam pakaian jika ingin menyerlahkan unsur vintage pada bahagian dada / kolar baju. Kebanyakan pakaian vintage mempunyai perincian pada kolar & dada. Walau bagaimanapun, labuhkan hijab jika anda lebih selesa begitu. Tiada salahnya.


Tips 3 : 
Untuk dress, padankan dengan seluar panjang atau skirt labuh. 
Gunakan konsep mix and match agar sesuai.



Tips 4 : 
Pakai inner (elak terlalu ketat) atau t-shirt plain untuk pakaian tanpa lengan atau berlengan pendek.


Tips 5 :
 Untuk gaya selamat, elakkan kelihatan serabut dengan terlalu banyak warna. 
Pilih shawl / tudung bercorak jika pakai baju tanpa corak (plain). Begitu juga sebaliknya.  

 

Tips 6 :
Gaya kasual dengan blouse atau T-Shirt. Pilih gaya tudung / shawl yang ringkas. 
Gayakan dengan jeans atau skirt labuh.



Tips 7 :
Jangan risau mengenakan tudung / shawl berwarna kontra. Ia mampu menyerlahkan lagi gaya anda. Sebaliknya elakkan hijab yang berwarna terlalu senada dengan pakaian. Ia menyebabkan anda kelihatan pelik dan kelihatan malas bereksperimen dalam bergaya.

 

Tips 8: 
Padankan tudung / shawl dengan warna paling sedikit yang ada pada pakaian


Tips 9: 
Pakai sedikit aksesori yang bertemakan vintage. Walaupun simple, ia dapat jadikan anda kelihatan unik. Contohnya jam tangan bangle dan tali pinggang besar.

 


Tips 10: 
Untuk remaja ceria, boleh cuba tampilkan ikatan shawl yang menarik. Inilah masanya!



Last Tips : 
Sentiasa jadi diri sendiri dan tambahkan apa juga yang mampu jadikan anda rasa istimewa. Tidak perlu keterlaluan  =)
Less is Great!



************

Suka dengan artikel kami, jangan lupa share kepada rakan anda! =)

Untuk koleksi vintage & retro, sila klik link di bawah
****************************************************************************